
Untuk Ingatan…
Website ini utk keluarga pembeli www.rahsialoaf.com sahaja. Seperti diberitahu dlm web, pakej ini untuk kegunaan keluarga dan perniagaan makanan anda. Buat masa ini, pakej ini bukan untuk pengajar masakan walau apa tujuan & alasannya.
Anda dilarang berkongsi secara terbuka segala resepi, tips dan teknik di dalam panduan ini samada di internet, fb, group, komen dan sebagainya. Tapi boleh kongsi dgn orang perseorangan melalui taip/cakap/tulisan anda sendiri. Itupun jika betul-betul perlu. Cuma kena ingatkan orang tu, tidak boleh kongsi secara terbuka juga.
Namun seeloknya beritahu mereka untuk beli sendiri melalui laman webnya. Atau anda belikan untuk mereka sebagai hadiah. Kalau rakan minta resepi, kata je “Elok belajar di www.rahsialoaf.com berbaloi”
Semoga kita menjaga keberkatan ilmu yang dipelajari agar diri, anak dan keluarga anda baik, sihat dan dijauhi musibah. InshaaAllah
PSST: Sebarang pertanyaan perlu guna whatsapp (+60137757915) Tapi sebelum bertanya, pastikan anda tonton kesemua video dan baca kesemua tips dalam website..Bukannya tengok sikit, wasap, tengok sikit wasap
Versi web ini baru sahaja dibuat dengan copy dari versi dvd saya. So jika ada kesilapan copy, sila wasap saya taw. tq.
MENU UTAMA
Boleh klik Menu Di bawah atau scroll Down
MODUL 1: CARA BUAT ROTI BUKU LOAF
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 2: ANEKA ROTI BUKU
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 3: DONUT PREMIUM & BUDGET / Bombalini
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 4: ANEKA ROTI TOPPING
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 5: PENGIRAAN KOS DAN MESIN ROTI
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 6: BISNES BAKERI
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 7: INFO TAMBAHAN
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 1: CARA BUAT ROTI BUKU LOAF
1a. Jenama/Brand Bahan Yang Disarankan
1. Tepung roti atau high protein elok cari brand diamond atau gunung emas
2. Gula dan garam boleh gunakan apa sahaja brand.
3. Yis yg bagus brand saf-instant dan beli dlm pack kecil.
4. Bread Improver yang bagus brand soft pro dan
5. Whipping cream dairy uht yg bagus brand Anchor
6. Telur yang digunakan beratnya 50gm
7. Lemak sayuran brand marina atau mariana keluaran felda
8. Unsalted butter untuk donut, brand Ancor

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1a. Peralatan Yang Diperlukan teruk

1. Penimbang Biasa Atau Penimbang Digital
Bahan-bahan perlu ditimbang dengan betul. Anda boleh menggunakan penimbang biasa atau penimbang digital. Saya lebih suka menggunakan penimbang digital kerana timbangnya lebih tepat dan mudah. Anda boleh beli di kedai bahan bakeri atau di internet. Cara beli di internet ada di www.hairul.com/alatroti9.html

2. MESIN MIXER atau BEKAS PLASTIK atau BreadMaker
Anda boleh uli doh sama ada dengan bekas plastik, mixer heavy duty atau bread maker. Bekas plastik boleh beli di hypermarket. Bread Maker jenama SKG boleh dibeli di www.hairul.com/alatroti9.html. Miser heavy duti di modul 5.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1a. Peralatan Yang Diperlukan

3. Roller, plastic scraper, acuan donut, nozzle, bread knife Roller dan scrapper digunakan untuk doh loaf dan donut. Manakala acuan donut dan long nozzle digunakan menekap donut dan mengisi filling donut. Dan bread knife digunakan untuk memotong roti loaf. Ia boleh dibeli di kedai bahan bakeri. Atau anda boleh beli secara online di www.hairul.com/alatroti9.html

4. Oven Biasa Atau Industrial Oven
Kita perlu menggunakan oven untuk membakar bun. Untuk rumah, boleh menggunakan elektrik oven yang biasa. Tetapi untuk perniagaan, elok gunakan industrial gas oven kerana hasilnya lebih baik dan boleh masak sekali banyak.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1a. Peralatan Yang Diperlukan
5. Mesin Doh Divider Mesin doh divider membahagikan doh besar kepada doh kecil. Caranya anda masukkan 800gm doh besar yang leper ke dalam mesin diatas dan tekan. Ia akan bahagikan kepada 20 bahagian, setiap satu 40gm dengan sama rata.
6. Mesin Doh Divider Rounder. Mesin doh divider rounder sama seperti mesin doh divider. Bentuk mesin pun sama. Cuma ia ditambah dengan fungsi membulatkan doh kecil sekali. Ia sangat memudahkan kerja membahagi dan membulatkan doh kecil anda.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1a. Peralatan Yang Diperlukan
7. Mesin Doh Proofer
Mesin ini untuk perap doh bun kecil supaya ia kembang sebelum dibakar. Pada saya mesin ini tidak perlui kerana suhu negara kita sesuai untuk doh kembang. Tetapi jika anda mahu gunakan, caranya mudah sahaja. Di dalam mesin ini ada bekas air yang perlu diisi air. Boleh isi separuh dari bekasnya. Kemudian setkan humidity(kelembaban) kepada 90%. Dan setkan suhu atau temperaturenya antara 27 darjah celcius hingga 29 darjah celcius. Kemudian hidupkan mesin dan setkan masa dalam 45 minit. Anda juga boleh baca manusl mesin ini untuk cara setkan mesin proofer ini.

8. Bread Slicer Machine
Mesin ini untuk memotong roti buku. Cara gunanya mudah sahaja. Hidupkan terlebih dahulu suiznya untuk pisau pemotong roti bergerak. Kemudian letakkan roti buku diatas dan biarkan ia turun kebawah. Semasa ia turun ke bawah, ia akan dipotong menjadi kepingan roti.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1b. Resepi Roti Buku Original
Bahan A: Kering
500gm Tepung Roti
50gm Gula Halus
6gm Garam 10gm Yis Segera
7gm Bread Improver (Optional Utk Bisnes Shj)
50gm Shortening / Lemak Sayuran
Bahan B: Cecair
220 gm Air SejuK
100gm Whipping Cream Dairy Uht
50 Telur Penuh (1Biji Telur)
Bahan c: Tepung Tambahan
50 gm Tepung Roti
(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1c. Video Timbang Bhn & Uli Doh Dgn Tangan
Video 1c: Timbang Bhn & Uli Doh Dgn Tangan
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 1b. Atas video ini sahaja. Video ini untuk uli dgn tangan, jika nak uli dengan mixer heavy duty ada di ajar di dalam video 5g.
2. Timbang ke semua bahan A dan ramas dengan tangan hingga menjadi serbuk.
3. Masukkan bahan B iaitu cecair. Kemudian gaul sehingga menjadi doh. Doh perlu sedikit melekat-lekat.
4. Kemudian masukkan bahan C dan gaul. Pada ketika ini doh tidak terlalu melekat pada tangan.
Peringatan: Doh yang anda hasilkan mungkin lebih lembik. Ini kerana jenama tepung yang berbeza memerlukan sukatan air yang berbeza. Brand whipping cream/shortening yang berbeza mempunyai kecairan yang berbeza. So kena adjust air paip sahaja seperi diterangkan di dalam tips tambahan.
5. Seterusnya uli doh selama 20-30 minit. Nak tahu doh dah ok, cuba bulatkan doh besar. Jika atasnya belum licin, kena uli lagi. Biasa saya uli dalam 20 minit jee dengan tangan.
Nota: Jika anda penat, anda boleh uli 10-15minit dulu, Kemudiah rehat 5minit dan uli lagi 10-15minit
6. Siap uli, timbang doh seberat 620gm untuk acuan tin roti bersaiz 20x11x11cm. Jika anda guna tin acuan saiz lain, sila rujuk cara kira berat doh di modul 1h. Kita guna 620gm doh sahaja. So lebihan doh boleh guna buat donut atau roti sarang lebah.
7. Kemudian biarkan ia kembang di atas meja selama 30 minit. Cara bakar ada di modul 1e
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1d. Video Uli Doh & Bakar Dgn Bread Maker
Video 1d: Uli Doh & Bakar Dgn Bread Maker
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 1b. Rujuk sana. Kita guna resepi 350gm tepung jika nak bakar roti dalam breadmaker. Tapi jika bakar roti di dalam oven gunakan resepi 500gm tepung di modul 1b.
2. Timbang ke semua bahan A di dalam bekas breadmaker dan ramas dengan tangan hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan bahan B dan pasang bekas breadmaker ke dalam breadmaker.
3. Pilih menu breadmaker untuk menguli sahaja iaitu menu knead atau menu dough. Setkan masa menguli. Ada breadmaker yang perlu 45minit dan ada yang perlukan 30minit seperti dalam video. Yang penting doh besar apabila dibulatkan, atasnya licin seperti diberitahu di dalam video. 1c. Jika belum licin, kena uli lagi.
4. Hidupkan mesin breadmaker. Biarkan mesin breadmaker uli adunan sehingga menjadi doh. Dohnya perlu sedikit melekat.
5. Selepas jadi doh, masukkan bahan C. Apabila bahan C bercampur, doh tidak terlalu melekat pada tangan.
Peringatan: Doh yang anda hasilkan mungkin lebih lembik. Ini kerana jenama tepung berbeza memerlukan sukatan air yang berbeza. Brand whipping cream/shortening yang berbeza mempunyai kecairan yang berbeza. So kena adjust air paip sahaja seperi diterangkan di dalam tips tambahan.
5. Biarkan mesin breadmaker uli sendiri dengan masa yang di set. Lepas siap, test bulatkan doh besar dengan tangan. Jika atas belum licin, kena tambah lagi mssa menguli.
6. Selepas siap uli, biarkan ia kembang selama 30 minit.
6. Ini untuk bakar dengan breadmaker, Selepas kembang, gulung doh dan masukkan doh ke dalam acuan breadmaker. Kemudian bakar di dalam breadmake dengan pilih menu bakar. Setkan masa 40minit. Bakar sehingga atas brown.
7. Ini untuk bakar dengan oven, timbang doh seberat 620gm untuk acuan tin roti bersaiz 20x11x11cm. Jika anda guna tin acuan saiz lain, sila rujuk modul 1h untuk kira berat doh untuk saiz acuan berbeza. Cara bakar di dalam oven ada diajar di dalam video 1e.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1e. Video Bentukkan & Bakar Roti Buku
Video 1e: Bentukkan & Bakar Roti Buku
Ringkasan video di atas:
1. Tonton dulu video modul 1c atau 1d untuk membuat dohnya.
2. Selepas doh kembang selama 30minit. Kita gelek ia dengan roller sehingga menjadi segi empat tepat. Kemudian kita gulung dengan menggunakan ibu jari.
3. Seterusnya kita masukkan doh ke dalam tin roti. Dan biar ia kembang sehingga 90 peratus dari saiz tin roti. Makan masa lebih kurang 45-60 minit.bergantung pada cuaca atau suhu rumah anda.
4. Selepas doh kembang, kita boleh terus bakar pada suhu 160 darjah untuk oven kecil selama 25-30minit. Suhu dan masa bakar bergantung juga pada kualiti oven anda. Untuk tahu roti dah masak bahagian kulitnya telah brown.
5. Apabila roti telah siap masak sepenuhnya, keluarkan dari oven dan terus hentak untuk keluarkan wap panas dan mengelakkan roti kecut.
6. Roti perlu terus dikeluarkan dari tin roti. Dan dibiarkan sejuk di atas meja dalam masa 1jam setengah.
7. Roti yang telah sejuk perlu di simpan di dalam plastik dulu untuk kulitnya kembali lembut.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1f. Video Cara Membuat Roti Bengali
Video 1f: Cara Membuat Roti Bengali
Ringkasan video di atas:
1. Anda kena tonton dulu video 1c untuk membuat doh roti loaf.
2. Resepi dan cara membuat roti bengali sama sahaja seperti resepi dan cara membuat roti loaf. Cuma roti bengali tidak menggunakan penutup tin roti. Dan ia perlu menggunakan tin roti yang rendah daripada tin roti loaf.
3. Di dalam video ini kita menggunakan tin roti yang saiznya 20 X 10 X 8 cm. Dan kita menggunakan berat doh 410gm. Anda boleh guna berat yang lebih lagi untuk roti benggali yang lebih tinggi.
4. Jika saiz tin anda berbeza, cara mengira berat dohnya di modul 1h.
5. Jika guna oven kecil, elok selepas bahagian atas berwarna brown, kurangkan suhu dari 160 darjah kepada 140 darjah untuk mengelakkan atas roti bengali hitam.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1g. Tips Untuk Roti Lembut & Lain2
Penting: Sila baca kesemua tips dgn teliti sebelum buat bun
1. Kadar serapan air tepung roti berbeza sedikit mengikut ladang pengeluaran tepung dan juga musim pengeluaran tepung. So kena adjust sukatan air jika doh lembik atau keras. Mula-mula buat ikut resepi yang diberikan. Dan sekiranya dohnya terlalu lembik, anda hanya perlu kurangkan sedikit sukatan air. Hanya kurangkan 5gm atau 10gm air sahaja untuk cubaan kali kedua. Tetapi jika doh anda tidak melekat langsung, anda boleh tambahkan lagi 5gm atau 10gm air untuk cubaan kali kedua utk menjadikan roti lebih lembut. Dlm dvd guna tepung roti brand diamond.
2. Elok cuba beli bahan di beberapa kedai bahan bakeri berbeza. Sebab ada kedai bakeri menjual bahan kurang baik kerana stok lama atau mereka guna brand yg murah. Ada banyak kilang mengeluarkan bahan bekeri. Dan tak semua yang bagus.
3. Elok anda gunakan yis brand saf instant kerana ia lebih bagus. Untuk makan sendiri boleh guna pack kecil size 11gm. Manakala untuk berniaga, elok anda beli pack besar kerana lebih jimat. Jika anda beli pack besar, anda kena pandai simpan ia. Jika tidak, ia rosak dan doh tidak akan kembang. Yis yang terdedah pada udara dengan lama akan cepat rosak. Oleh itu anda perlu ikat rapat dan simpan di dalam bekas kedap udara. Yis juga akan mati di tempat yang panas. Oleh itu pastikan anda simpan di tempat gelap dan tidak terlalu panas. Anda boleh disimpan diluar dan tidak perlu simpan di dalam peti sejuk. Dan perlu disimpan berjauhan dengan garam. Jika doh anda tidak kembang, ia menunjukkan yis tidak membiak kerana telah mati atau rosak. Cara menguji yis masih hidup dgn mencampurkan yis ke dlm air suam dengan gula. JIka berbuih, yis masih hidup.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1g. Tips Untuk Roti Lembut & Lain2
4. Whipping cream yang digunakan brand anchor. JIka tiada brand ini, anda boleh guna brand lain. Cuma anda perlu pastikan ia whipping cream dairy uht dan bukannya whipping cream non-dairy. Whipping cream yang telah dibuka biasanya tahan dalam 1-2 minggu di dalam chiller peti sejuk. Jika whipping cream telah dibuka, elok anda rasa dulu sebelum guna. Jika anda buat roti sekali sekala, elok beli whipping cream pack kecil.
5. Untuk gula dan garam, anda boleh tambah atau kurangkan sukatannya mengikut citarasa anda. Jika anda suka kan roti yang lebih manis dan lebih masin, anda boleh tambahkan sukatannya. Ia tidak akan menjejaskan kualiti roti anda. Cuma jika tambah banyak gula, doh akan lembik sedikit shj.
6 .Di dalam video saya tidak masukkan bread improver dan ia tetap lembut. Namun roti akan tahan sekurangnya dua hari. Jika anda ingin roti tahan sehingga 4 hari, kena masukkan 7gm bread improver ke dalam 500gm tepung roti.
7. Telur yang digunakan ialah yang berat 50gm atau size B. Jika berat telur lebih 50gm. Anda boleh kurangkan putih telur. Atau dengan cara lain kurangkan sukatan whipping cream. Jika berat doh lebih 5gm. Whipping Cream kurangkan 5gm. Dengan Cara ini Anda tidak membazir telur.
8. Shortening yang digunakan ialah brand mariana atau marina. Jika anda gunakan shortening brand lain, doh anda akan lebih lembik sikit dan anda perlu kurangkan sukatan air untuk cubaan kali kedua.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1g. Tips Untuk Roti Lembut & Lain2
9. Jangka masa menguli bergantung juga pada kekuatan tangan anda. Anda hanya perlu uli sehingga kulit doh licin dan cerah apabila doh besar dibulatkan seperti dalam video. Untuk tangan biasanya uli dalam 20minit, manakala untuk bread maker dalam 30 minit dan mesin mixer heavy duty dalam 10 minit dahaja.
10. Jangkamasa perap doh ialah sehingga doh kembang sehingga 90% dari tin untuk roti loaf. Biasanya dalam masa 50minit-1jam bergantung pada cuaca juga. Tapi jika anda guna alat proofer, ia lebih cepat. Cara guna proofer ada di dalam bab peralatan. Bagus juga guna proofer untuk roti anda disusun dengan lebih teratur dan jimat ruang.
11. Untuk bread softner memang tidak perlu masukkan.
12. Masa membakar beergantung kepada oven anda. Biasanya dalam 30-33 minit untuk roti loaf dan 20-25 minit untuk roti benggali. Manakala suhu untuk oven kecil ialah 160darjah celcius dengan api atas bawah dan kipas oven dibuka. Namun ia bergantung pada kualiti oven juga. Sebab walaupun anda setkan suhu 160darjah, dalam oven belum tentu 160darjah. So jika anda bakar roti ebih lama dari masa bakar, ia bermakna dalam oven suhunya lebih rendah. So anda perlu naikkan suhunya kepada 180darjah. Begitu juga sebaliknya. Dan jika anda menghadapi masalah bahagian atas roti telah brown tetapi bahagian bawah roti masih putih. Elok anda kecilkan suhunya dari 160 darjah kepada 140darjah selepas bahagian atas roti telah brown. Untuk industrial oven ada diterangkan di modul 5.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1g. Tips Untuk Roti Lembut & Lain2
13 Selepas bakar anda perlu biarkan diatas meja selama 1 jam setengah untuk ia sejuk. Kemudian simpan di dalam plastik selama 1-2 jam untuk kulitnya lembut. Atau simpan dibekas tertutup. Dan roti yang tidak dimakan perlu disimpan didalam plastik. Apa jua jenis roti tidak boleh dibiarkan terbuka. Kerana ia menyebabkan roti tersebut kering dan keras. Kalau anda beli roti dikedai pun anda akan simpan di dalam plastik.
14. Bahagian dalam tin roti perlu disapukan dengan shortening dan bukan marjerin. Kerana shortening menjadikan kulit roti anda lebih lembut. Dan ia perlu disapukan dengan tebal. Jika tidak roti anda akan melekat pada tin roti dan susah dikeluarkan.
15. Roti yang baru dibakar perlu terus dikeluarkan dari tin roti. Jika tidak dalam roti akan berwap dan lembab dan cepat rosak. Dan kita hentak dua kali untuk roti mudah keluar dan mengeluar udara panas dlm roti yg boleh menyebabkan roti kempis. Hentak utk tin roti bertutup sahaja,. Roti bengali tak hentak pun tak pe.
16. Dengan teknik mencampurkan bahan kering dengan bahan berminyak dulu, anda boleh gantikan shortening dengan marjerin pelangi dan buttercup. Cuma marjerin lebih cair dari shortening, so kena kurangkan 10gm air. Jika anda beli dvd www.rahsiabun.com, cuba guna teknik mencampurkan bahan kering dgn bahan berminyak, hasilnya akan lebih baik.
17. Jika anda telah buat loafnya, jangan lupa wasap saya gambarnya ke +60137757915 utk komen dan nasihat. Jika anda bantu bisnes guru anda, insyaAllah bisnes anda akan lebih maju.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1h. Cara Kira Berat Doh Loaf Untuk Acuan Berbeza.
Langkah 1: Kira isipadu tin roti.dulu Jika guna tin roti size 20cm X 11cm X 11cm. Cara kira isipadunya ialah dengan mendarab ketiga2 size tersebut = 20X11X11= 2420.
Langkah 2: Isipadu tin roti perlu dibahagikan dengan angka formula iaitu 3.9. So jumlah berat doh loaf ialah =2420/3.9 = 620gm. Ini timbangan untuk roti loaf padat. Untuk roti loaf jimat, kita bahagi dengan 4.25. So jumlah berat doh loaf ialah 2420/4.25 = 570gm. Untuk bisnes elok guna timbangan roti loaf jimat iaitu 570gm. Jika guna 570gm kena tunggu doh kembang lebih lama lagi sehingga 90% dari tin roti
Langkah 3: Katakan size tin roti berbeza =20X10X10cm. So kira dulu isipadunya iaitu = 20X10X10= 2000. Seterusnya bahagi dengan 3.9 untuk roti loaf padat. Iaitu 2000/3.9 = 510gm. Manakala timbangan jimat= 2000/4.25 = 470gm. Jumlah berat boleh dibundarkan atau diadjust yg terdekat.
Cara Kira Berat Doh Bengali Untuk Acuan Berbeza.
Langkah 1: Kita kira isipadu tin roti. Jika guna tin roti size 20cm X 10cm X 8cm. Cara kira isipadunya ialah dengan mendarab ketiga2 size tersebut = 20X10X8= 1600.
Langkah 2: Isipadu tin roti perlu dibahagikan dengan angka formula iaitu 3.9. So jumlah berat doh loaf ialah =1600/3.9 = 410gm. Ini timbangan untuk roti lbenggali sederhana tinggi. Untuk roti extra tinggi, kita bahagi dengan 3.55. So jumlah berat doh lialah 1600/3.65 = 440gm. Doh untuk kedua-dua berat perlu dibiarkan kembang selama 1 jam sebelum bakar. Elok jual guna timbangan extra tinggi iaitu 440gm.
Langkah 3: Katakan anda guna size tin roti berbeza seperti 20X8X8cm. So kira dulu isipadunya = 20X8X8 = 1280. Seterusnya bahagi dengan 3.9 untuk roti loaf padat. Iaitu 1280/3.9 = 330gm. Manakala timbangan jimat= 1280/3.65 = 350gm. Jumlah berat boleh dibundarkan atau diadjust yg terdekat.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
MODUL 2: ANEKA ROTI BUKU
2a. Video Buat Roti Buku WholeMeal
Video 2a: Cara Buat Roti Buku WholeMeal
Resepi Roti Buku Wholemeal
Bahan A: Kering
400gm Tepung Roti
100gm Bran Wholemeal
50gm Gula Halus
6gm Garam
10gm Yis Segera
5gm Bread Improver – (Optional Utk Bisnes)
50 gm Shortening atau Lemak Sayuran
Bahan B; Cecair
230gm Air Sejuk
100gm Whipping Cream Dairy UHT
1 Biji Telur
Bahan C: Tepung Tambahan
50 gm Tepung Roti
* Text yang berwarna merah adalah perbezaan resepi ini dengan resepi roti buku original
Ringkasan video di atas:
1. Resepinya sama sahaja seperti roti buku original. Cuma bezanya kita guna 400gm tepung roti, 100gm tepung bran wholemeal dan 230gm air.
2. Cara membuatnya sama sahaja seperti di dalam modul 1c dan 1e. Cuma jangkamasa doh kembang di dalam tin roti, lama sedikit dalam 50-60minit.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2b. Video Buat Roti Buku Coklat
Video 2b: Cara Buat Roti Buku Coklat
Resepi Roti Buku Coklat
Bahan A: Kering
500gm Tepung Roti
20gm Serbuk Koko
100gm Gula Halus
6gm Garam
10gm Yis Segera
5gm Bread Improver (Optional Utk Bisnes)
50gm Shortening/Lemask Sayuran
Bahan B; Cecair
230gm Air Sejuk
100gm Whipping Cream Dairy UHT
1 Biji Telur
5gm Coklat Emulco
Bahan C: Tepung Tambahan 50 gm Tepung Roti
* Text yang berwarna merah adalah perbezaan resepi ini dengan resepi roti buku original
Ringkasan video di atas:
1. Resepinya sama sahaja seperti roti buku original. Cuma bezanya kita guna 20gm serbuk koko, 100gm gula halus, 230gm air sejuk dan 5gm coklat emulco.
2. Cara membuatnya sama sahaja seperti di dalam modul 1c dan 1e. Cuma jangkamasa doh kembang di dalam tin roti, lama sedikit dalam 50-60minit.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2c. Video Buat Roti Buku Black Bamboo
Video 2c: Cara Buat Roti Buku Black Bamboo
Resepi Roti Buku Black Bamboo
Bahan A: Kering
500gm Tepung Roti
15gm Charcoal Bamboo Powder
100gm Gula Halus
6gm Garam 10gm Yis Segera
(5gm Bread Improver – Optional Utk Bisnes)
50 gm Shortening atau Lemak Sayuran
Bahan B: Cecair
220 gm Air SejuK
100gm Whipping Cream Dairy Uht
50 Telur Penuh (1Biji Telur)
* Text yang berwarna merah adalah perbezaan resepi ini dengan resepi roti buku original
Ringkasan video di atas:
1. Resepinya sama sahaja seperti roti buku original. Cuma bezanya kita guna 15gm charcoal bamboo powder dan 100gm gula halus.
2. Cara membuatnya sama sahaja seperti di dalam modul 1c dan 1e. Cuma jangkamasa doh kembang di dalam tin roti, lama sedikit dalam 50-60minit.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2d. Video Buat Roti Buku Green Tea
Video 2d: Cara Buat Roti Buku Green Tea
Resepi Roti Buku Green Tea
Bahan A: Kering
500gm Tepung Roti
20gm Green Tea Powder / Matcha Powder
100gm Gula Halus 6gm Garam
10gm Yis Segera
5gm Bread Improver (Optional Utk Bisnes)
50 gm Shortening atau Lemak Sayuran
Bahan B: Cecair
220 gm Air SejuK 100gm Whipping Cream Dairy Uht
50 Telur Penuh (1Biji Telur)
Bahan C: Tepung Tambahan
50 gm Tepung Roti
* Text yang berwarna merah adalah perbezaan resepi ini dengan resepi roti buku original
Ringkasan video di atas:
1. Resepinya sama sahaja seperti roti buku original. Cuma bezanya kita guna 20gm green tea powder atau matcha powder dan 100gm gula halus.
2. Cara membuatnya semuanya, sama sahaja seperti di dalam modul 1c dan 1e. Cuma jangkamasa doh kembang di dalam tin roti, lama sedikit dalam 50-60minit.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2e. Video Buat Roti Buku Blueberry
Video 2e: Cara Buat Roti Buku Blueberry
Resepi Roti Buku Blueberry
Bahan A: Kering
500gm Tepung Roti
100gm Gula Halus
6gm Garam
10gm Yis Segera
(5gm Bread Improver – Optional Utk Bisnes)
50 gm Shortening atau Lemak Sayuran
Bahan B; Cecair
130gm Air Sejuk
100gm Whipping Cream Dairy UHT
1 Biji Telur
100gm Blueberry / Rasberry Topping
2gm Pewarna Biru / Pewarna Merah
Bahan C: Tepung Tambahan
50 gm Tepung Roti
* Text yang berwarna merah adalah perbezaan resepi ini dengan resepi roti buku original
Ringkasan video di atas:
1. Resepinya sama sahaja seperti roti buku original. Cuma bezanya kita guna 100gm gula halus, 130gm air sejuk 100gm blueberry topping dan 2gm pewarna biru.
2. Cara membuatnya semuanya, sama sahaja seperti di dalam modul 1c dan 1e. Cuma jangkamasa doh kembang di dalam tin roti agak lama iaitu melebihi 1jam. Manakala untuk roti buku rasberry hanya perlu guna 100gm rasberry topping dan 2gm pewarna merah.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2f. Video Buat Roti Buku Marble & Swirl
Video 2f: Cara Buat Roti Buku Marble & Swirl
Resepi Roti Buku Marble
Bahan A: Kering
500gm Tepung Roti
50gm Gula Halus
6gm Garam
10gm Yis Segera
7gm Bread Improver (Optional Utk Bisnes)
50gm Shortening
Bahan B: Cecair
220 gm Air SejuK
100gm Whipping Cream Dairy Uht
50 Telur Penuh (1Biji Telur)
7gm Emulco atau 3gm Pewarna
Bahan C: Tepung Tambahan
50 gm Tepung Roti
* Emulco dan pewarna boleh ditambahkan lagi sukatannya jika mahu lebih terang dan bergantung juga pada kualiti bhn.
Ringkasan video di atas:
1. Resepinya sama sahaja seperti roti buku original. Cuma bezanya kita tambah 7gm emulco kedalam bahan cecair untuk resepi 500gm tepung. Jika anda ingin color lebih terang boleh guna 10gm emulco. Tapi jika mahu jimat boleh guna 3gm-5gm pewarna water atau oil base.
2. Untuk roti marble kita perlu tiga warna 200gm doh putih, 200gm doh coklat dan 200gm doh strawberi. Manakala untuk roti buku swirl kita perlukan 2 warna iaitu 400gm doh putih dan 200gm doh strawberry.
3. Cara membuat dohnya, sama sahaja seperti di dalam modul 1c dan 1e. Jangka masa kembang pun sama jika guna emulco sahaja.
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2g. Video Buat Roti Buku Dengan Isi an
Video 2g: Cara Buat Roti Buku Dengan Isi an
Ringkasan video di atas:
1. Resepinya sama sahaja seperti roti buku original.
2. Cuma bezanya kita tambah 100gm kismis ke dalam doh roti kita. Kismis perlu dimasukkan selepas doh siap di uli. Jika uli dengan mesin mixer heavy duty gunakan gear 1 semasa memasukkan kismis. Manakala bread maker, masukkan 5 minit sebelum masa mengulinya tamat.
3. Rujuk video modul 1c dan 1e dulu untuk cara membuat doh roti buku original.
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2h. Tips Tambahan Aneka Roti Buku
Penting: Sila baca kesemua tips dgn teliti sebelum buat bun
Elok anda baca tips roti loaf dalam modul 1g terlebih dahulu..
1. Doh aneka loaf akan kembang lebih lama dari roti loaf original. Ini kerana bahan yang ditambah melambatkan pembiakan yis. So anda tunggu ia kembang sehingga 90% dari tin roti anda. Tapi jika anda guna pewarna atau emulco sahaja, masa kembang sama.
2. Harga serbuk black bamboo dan green agak mahal sebab kita beli dalam pack kecil. So jika anda beli dalam pack besar, ia lebih murah sama seperti yis.
3. Untuk roti blueberry, saya gunakan blueberry topping. Anda juga boleh gunakan jem blueberry yang lebih murah. Cuma jem blueberry agak cair sedikit, so doh anda mungkin akan lembik sikit. Dan anda perlu kurangkan sukatan air utk cubaan kedua.
4. Semua aneka roti loaf ini boleh dibuat roti bengali. Cara sama sahaja, cuma tidak menggunakan penutup tin roti . Dan perlu disray dengan air paip di atas doh sebelum dibakar.
5. Anda boleh gunakan apa sahaja isian ke dalam roti anda yang dijual dikedai bahan bakeri. Untuk walnut dan bijian, boleh terus dimasukkan. Atau jika nak lebih sedap, anda perlu bakar terlebih dahulu selama 7 minit dgn suhu 150 darjah.
6. Sukatan emulco dan pewarna dalam roti loaf marble bergantung kepada kualiti emulco atau pewarna anda. Jika warnya kurang gelap, boleh tambahkan lagi sukatannya. Dan kita masuk ke dlm bahan cecair. Tapi boleh juga masuk pewarna ke dalam doh yang telah siap dengan cara uli dalam breadmaker.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
MODUL 3: DONUT PREMIUM & BUDGET
3a. Semua Resepi Dalam Modul 3
1. Resepi Donut Premium
Bahan A: Kering
500gm Tepung Roti
50gm Gula Halus
6gm Garam
10gm Yis Segera
7gm Bread Improver (Optional Utk Bisnes Shj)
50gm Pure Butter Brand Anchor – Unsalted
Bahan B: Cecair 200 gm Air SejuK
100gm Whipping Cream Dairy Uht
50 Kuning Telur
Bahan c: Tepung Tambahan
50 gm Tepung Roti
(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3

3a. Semua Resepi Dalam Modul 3
3. Resepi Donut Budget
Bahan A: Kering
500gm Tepung Gandum Biasa
80gm Gula Halus 6gm Garam
10gm Yis Segera
7gm Bread Improver (Optional Utk Bisnes)
50gm Shortening atau Lemak Sayuran
Bahan B: Cecair
240gm Air Sejuk
50gm Susu Cair
50gm Telur (Sebiji Telur)
Bahan c: Tambahan Tepung
50gm Tepung Gandum Biasa
(Tukar posisi handphone ke landscape utk lebih besar)
5. Resepi Ganache
Bahan-Bahan
200gm Whipping Cream Dairy UHT
500gm Coklat Masakan Atau Dark Coklat
20gm Shortening
Cara membuat ganache ada di modul 3e

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3b. Video Menguli Doh Donut Dgn Tangan
Video 3b: Menguli Doh Donut Dgn Tangan
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 3a. Anda boleh pilih resepi donut premium atau donut budget. Video ini untuk uli dgn tangan, jika nak uli dengan mixer heavy duty ada di ajar di dalam video 5g.
2. Timbang ke semua bahan A dan ramas dengan tangan hingga menjadi serbuk.
3. Masukkan bahan b iaitu cecair. Kemudian gaul sehingga menjadi doh. Doh perlu sedikit melekat-lekat.
4. Kemudian masukkan bahan C dan gaul. Pada ketika ini doh tidak terlalu melekat pada tangan.
Peringatan: Doh yang anda hasilkan mungkin lebih lembik. Ini kerana jenama tepung yang berbeza memerlukan sukatan air yang berbeza. Brand whipping cream/shortening yang berbeza mempunyai kecairan yang berbeza. So kena adjust air paip sahaja seperi diterangkan di dalam tips tambahan.
5. Seterusnya uli doh selama 20-30 minit. Nak tahu doh dak ok, cuba bulatkan doh besar. Jika atasnya belum licin, kena uli lagi. Biasa saya uli dalam 20 minit jee dengan tangan.
Nota: Jika anda penat, anda boleh uli 10minit dulu, Kemudiah rehat 5minit dan uli lagi 10minit
6. Kemudian biarkan ia kembang di atas meja selama 30 minit.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3c. Video Menguli Doh Donut Dengan Bread Maker
Video 3c: Menguli Doh Donut Dengan Bread Maker
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 3a. Anda boleh pilih resepi donut premium atau donut budget.
2. Timbang ke semua bahan A di dalam bekas breadmaker dan ramas dengan tangan hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan bahan B dan pasang bekas breadmaker ke dalam breadmaker.
3. Pilih menu breadmaker yang uli sahaja iaitu menu knead atau menu dough. Dalam video saya setkan masa 30minit. Tapi elok setkan masa 45minit. Kerana kebanyakan breadmaker brand lain perlukan 45 minit uli.
4. Hidupkan mesin breadmaker. Biarkan mesin breadmaker uli adunan sehingga menjadi doh. Dohnya perlu sedikit melekat.
5. Selepas jadi doh, masukkan bahan C. Apabli bahan c bercampur, doh tidak terlalu melekat pada tangan.
Peringatan: Doh yang anda hasilkan mungkin lebih lembik. Ini kerana jenama tepung berbeza memerlukan sukatan air yang berbeza. Brand whipping cream/shortening yang berbeza mempunyai kecairan yang berbeza. So kena adjust air paip sahaja seperi diterangkan di dalam tips tambahan.
5. Biarkan mesin breadmaker uli sendiri dengan masa yang di set. Lepas siap, test bulatkan doh besar dengan tangan. Jika atas belum licin, kena tambah lagi mssa menguli.
6. Kemudian biarkan ia kembang di atas meja selama 30 minit.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3d. Video Membentuk dan Mengoreng Donut
Video 3d: Membentuk dan Mengoreng Donut
Ringkasan video di atas:
1. Untuk membuat doh donut ada di ajar di modul 3b dan 3c.
2. Teknik pertama membentuk donut ialah dengan membuat sebiji-sebiji. Timbang 50gm doh donut. Bulatkan dengan tangan dan tekap doh kecil ini dengan alat donut cutter.
3. Teknik kedua ialah dengan terus mengelek rata kesemua doh donut. Gelek doh memjadi segi empat dengan ketinggian doh lebih kurang 1cm. Seterusnya tekap menggunakan alat donut cutter. Lebihan doh yang tidak diguna perlu diuli dan dibiarkan 20 minit. Kemudian digelek rata dan ditekan dengan cara sama.
4. Letakkan doh donut di atas tray dan biarkan donut kembang dalam masa 30 minit. Kalau terus goreng kena perap 30 minit untuk mudah ia diangkat dengan tangan.
5. Nak donut yang lebih kembang dan cantik, anda kena bakar dulu seperti di ajar di modul 3g donut forzen. Dengan cara bakar dulu sebelum goreng, anda boleh perap lama sehingga 1 jam. Ini menjadikan donut lebih kembang. Dalam oven donut akan lagi kembang.
6. Kemudian donut digoreng dengan api sederhana sehingga masak. Selepas masak terus salut dengan gula halus atau castor sugar. Gula kastor lebih halus dari gula halus. Lebih cantik guna gula kastor.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3e. Video Membuat Aneka Topping Coklat
Video 3e: Membuat Aneka Topping Coklat
Resepi Ganache
200gm Whipping Cream
500gm Coklat Masakan Atau Dark Coklat
20gm Shortening/Butter
Ringkasan video di atas:
1. Didihkan whipping cream dengan api sederhana. Anda boleh gunakan apa sahaja whipping cream samada dairy uht atau non dairy.
2. Selepas didih, tuangkan ke dalam bekas yang berisi coklat masakan. Jika anda gunakan coklat masakan berbentuk bar. Anda perlu potong kecil-kecil dengan pisau untuk cepatkan pencairan.
3. Seleas coklat masakan cair, masukkan shortening atau butter. Boleh pilih salah satu.
4. Kemudian celupkan donut ke atas ganache dan buat hiasan di atasnya seperti di dalam video.
5. Anda juga boleh gunakan topping roti sarang lebah dalam modul 4. Lagi sedap. Cuma kena masak topping sarang lebih lebih pekat lagi.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3f. Video Membuat Aneka Color Donut & Donut Marble
Video 3f: Membuat Aneka Color Donut & Donut Marble
Ringkasan video di atas:
1. Sebelum anda menonton video ini, pastikan anda telah menonton video 3b dan 3d. Kerana kita gunakan resepi dan cara membuat donut yang sama.
2. Untuk donut aneka color, anda perlu tambah 10gm emulco ke dalam bahan cecair b di dalam resepi 500gm tepung roti. Emulco ialah gabungan perisa dan pewarna dan banyak di jual di kedai bahan bakeri.Kalau anda mahu warna lebih terang, hanya tambahkan sukatan emulco.
3. Untuk donut marble kita hanya perlu gabungkan ketiga-tiga doh yang berlainan warna. Kemudian gelek doh menjadi segi empat rata dengan ketinggian doh 1cm. Dan seterusnya tekap doh dengan donut cutter. Elok tonton video di atas.
4. Untuk cara menekap doh dan mengoreng, ada di ajar dengan detail di modul 3d.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3g. Video Membuat Donut Frozen
Video 3g: Membuat Donut Frozen
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video 3b dan 3d sebelum menonton video ini.
2. Untuk frozen, anda boleh biarkan doh yang siap ditekap, kembang di atas meja selama 45minit hingga 1 jam. Ini kerana doh donut yang difrozen akan di bakar dulu. Bila bakar, donutkan akan lebih keras dan tidak mudah kemek semasa mengangkatnya dengan jari.
3. Donut yang siap kembang perlu di bakar dalam masa 4 minit dengan suhu 160 darja. Masa dan suhu bergantung juga kualiti oven anda. Nak tahu dah siap bakar, tengok kulit donut ada sikit warna brown, sikit je.
4. Lepas siap bakar, sapukan dengan shortening supaya ia tidak melekat semasa di pack nanti.. Kalau nak terus goreng, tak perlulah sapu shortening.
5. Jika anda ingin donut yang kembang besar dan kurang serap minyak, anda perlu bakar dulu seperti teknik donut frozen ini.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3h. Video Donut Filling (Bombalini)
Video 3h: Membuat Donut Filling
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video 3b dan 3d sebelum menonton video ini. Boleh guna resepi donut premium atau budget.
2. Doh perlu ditimbang 50gm untuk setiap biji bombalini. Kemudian perlu dibulatkan dan di tekap dengan penekap bulat yang tiada lubang.
3. Seterusnya di biarkan kembang di atas meja selama 45 minit-1 jam untuk dibakar.
4. Bombalini yang siap kembang perlu di bakar dalam masa 4 minit dengan suhu 160 darjah. Masa dan suhu bergantung juga kualiti oven anda. Nak tahu dah siap bakar, tengok kulit bombalini ada sikit warna brown, sikit je.
5. Kemudian bombalini digoreng dengan api sederhana sehingga masak. Selepas masak terus salut dengan gula halus atau castor sugar. Gula kastor lebih halus dan lebih cantik digunakan.
6. Seterusnya piping coklat ganache Ke dalam bombalini guna piping bag dan nozzle besi. Coklat ganache ada diajar di modul 3e. Selain coklat ganache, anda boleh gunakan apa sahaja jem siap yang banyak dijual di kedai bahan bakeri.
7. Untuk inti custard. Anda hanya perlu campurkan 100gm instant custard powder dengan 250gm air panas. Kacau hingga pekat. Tak perlu masak (tapi kalau nak guna cara masak pun boleh). Jika nak pekat lagi boleh tambahkan tepung kastard segera. Beli tepung kastard segera di kedai bahan bakeri bukannya tepung kastard biasa. Nak rasa lemak, boleh tambah 25gm susu tepung atau guna susu cair pun boleh.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3i. Tips Tambahan Donut
Penting: Sila baca kesemua tips dgn teliti sebelum buat bun
Elok anda baca dulu tips roti loaf dalam modul 1g.
1. Untuk donut premium kita gunakan tepung roti manakala untuk donut budget, kita gunakan tepung gandum biasa sahaja. Resepi donut budget tu untuk tepung gandum brand cempaka. Jika anda guna tepung gandum brand lain, mungkin ia akan lembik sedikit atau keras sedikit. Anda hanya perlu adjust sukatan air seperti yang diberitahu di modul 1g.
3. Anda boleh buat donut biasa dgn bakar dulu spt frozen. Ia lebih lembut, lebih besar dan kelembutannya tahan lama. Ia juga lebih jimat kerana anda boleh kurangkan timbangan doh dan perap lebih lama lagi utk doh donut lebih kembang.
4. Jika anda jual donut pada hari yang sama, memang tidak perlu letakkan bread improver. Tanpa bread improver ia tahan dua hari. Tapi jika nak tahan 4 hari baru guna bread improver.
5. Untuk pewarna untuk mewarnakan coklat putih, elok anda beli di kedai bahan bakeri kerana warnanya lebih terang. Dan kena guna pewarna oil base. Jika tidak, coklat putih akan rosak.
6. Jika anda telah buat donut, jangan lupa wasap saya gambarnya ke +60137757915 utk komen dan nasihat. Jika anda bantu bisnes guru anda, insyaAllah, Allah akan membantu anda.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
MODUL 4: ANEKA ROTI TOPPING
4a. Semua Resepi Dalam Modul 4
1. Resepi Roti Sarang Lebah Premium
Bahan A: Kering
500gm Tepung Roti
80gm Gula Halus
6gm Garam
10gm Yis Segera
7gm Bread Improver
(Optional Utk Bisnes)
50gm Unsalted Pure Butter Brand Anchor
Bahan B: Cecair
200 gm Air SejuK
100gm Whipping Cream Dairy Uht
50 Kuning Telur
Bahan C: Tepung Tambahan
50 gm Tepung Roti
Saya guna resepi donut premium. Anda juga boleh gunakan resepi roti loaf untuk membuat roti sarang lebah ini
2. Resepi Roti Sarang Lebah Budget
Bahan A: Kering
500gm Tepung Roti
80gm Gula Halus
6gm Garam 10gm Yis Segera
7gm Bread Improver (Optional Utk Bisnes)
50gm Marjerin Pelangi
Bahan B: Cecair
230 gm Air SejuK
50gm Whipping Cream Dairy Uht
50 Telur Penuh (1Biji Telur)
Bahan C: Tepung Tambahan
50 gm Tepung Roti
*Anda juga boleh gunakan resepi roti loaf untuk membuat roti sarang lebah ini. Yg paling sedap resepi premium, kedua sedap resepi loaf dan ketiga sedap baru resepi budget ini.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4a. Semua Resepi Dalam Modul 4
3. Resepi Sos Butterscotch
Bahan-Bahan
100gm Whip Cream UHT
75gm Butter
50gm Brown Sugar
10gm Air Paip
Cara membuatnya ada di dalam video modul 4c
4. Resepi Sos Kacang Merah
Bahan-Bahan
100gm Whipping Cream UHT
75gm Butter 50gm Brown Sugar
40gm Air Paip
125gm Kacang Merah Paste
Cara membuatnya ada di dalam video modul 4d
5. Resepi Sos Blueberry
Bahan-Bahan
100gm Whipping Cream UHT
75gm Butter
50gm Brown Sugar
125gm Blueberry Jem
Cara membuatnya ada di dalam video modul 4f

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4a. Semua Resepi Dalam Modul 4
6. Resepi Sos Kaya
Bahan-Bahan
100gm Whipping Cream UHT
75gm Butter
50gm Brown Sugar
30gm Air Paip
100gm Kaya Paste
Cara membuatnya ada di dalam video modul 4e
7. Resepi Sos Nutella / Coklat
Bahan-Bahan
100gm Whipping Cream UHT
70gm Butter
50gm Brown Sugar
30gm Air Paip
100gm Nutella atau Jem Cokla
Cara membuatnya ada di dalam video modul 4g
8. Resepi Sos Cheese
Bahan-Bahan
100gm Whipping Cream UHT
75gm Butter
50gm Brown Sugar
10gm Air Paip
10gm Parmesan Cheese
Cara membuatnya ada di dalam video modul 4h
9. Resepi Sos Nenas Madu
Bahan-Bahan
100gm Whipping Cream UHT
70gm Butter
50gm Brown Sugar
30gm Air Paip
100gm Jem Nenas
1gm Pewarna Kuning
Cara membuatnya ada di dalam video modul 4g

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4b. Cara Membuat Roti Sarang Lebah
Video 4b: Cara Membuat Roti Sarang Lebah
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 4a. Anda boleh pilih guna resepi budget atau premium
2. Anda kena tonton dulu, video modul 1c untuk cara menguli dohnya dengan tangan. Jika nak uli dengan breadmaker ada diajar di video modul 1d. Manakala nak uli dengan mixer heavy duty ada di ajar di video 5g. Tonton video tu dulu. Senang je.
3. Doh yang siap, ditimbang 20gm untuk setiap biji doh kecil roti sarang lebah.
4. Doh kecil dibulatkan dengan tangan dan di letakkan di atas loyang. Di dalam video saya gunakan loyang 12inci X 12inci.
5. Setelah siap kesemua doh kecil, kita biarkan ia kembang selama 45minit – 1 Jam bergantung pada cuaca rumah anda. Ia perlu kembang dua kali ganda dari saiz asal.
Nota: jangan buka kipas semasa doh di perap atau kembang. Dan elok tutupkan dengan plastik.
6. Selepas siap kembang , kita sapukan egg wash di atas doh kecil. Cara buat egg wash ialah dengan hanya campurkan sebiji telur dan dua sudu air paip.
7. Selepas sapu, letakkan dua biji pumpkin seed dan taburkan bijan hitam ke atasnya.
8. Kemudian kita bakar dengan suhu 160 darjah untuk oven kecil. Jangka masa membakar dalam 17minit – 20minit sahaja. Suhu dan masa bakar bergantung juga pada kualiti oven anda. Untuk tahu roti dah masak bahagian kulitnya dan bawahnya telah brown.
9. Setelah masak, sapukan atas roti sarang lebah dengan marjerin untuk ia berkilat. Sapukan semasa roti masih panas supaya apabila sejuk ia tidak berminyak.
10. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4c. Video Buat Sos Butterscotch
Video 4c: Cara Buat Sos Butterscotch
Resepi Sos Butterscotch
100gm Whip Cream UHT
75gm Butter
50gm Brown Sugar
10gm Air Paip
Ringkasan video di atas:
1. Timbang dan masukkan kesemua bahan resepi ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
Nota: Anda perlu selalu mengacaunya agar bahagian bawah tidak hangus.
Nota: Sukatan air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan sos yang anda mahukan. Tapi hanya boleh ditambah sukatan air sebelum masak.
Nota: Jika mahu dijadikan topping donut, kena kurangkan sukatan air dan masak hingga pekat.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4d. Video Buat Sos Kacang Merah
Video 4d: Cara Buat Sos Kacang Merah
Resepi Sos Kacang Merah
100gm Whipping Cream UHT
75gm Butter 50gm Brown Sugar
40gm Air Paip
125gm Kacang Merah Paste
Ringkasan video di atas:
1. Timbang dan masukkan kesemua bahan resepi ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
Nota: Anda perlu selalu mengacaunya agar bahagian bawah tidak hangus.
Nota: Sukatan air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan sos yang anda mahukan. Tapi hanya boleh ditambah sukatan air sebelum masak.
Nota: Jika mahu dijadikan topping donut, kena kurangkan sukatan air dan masak hingga pekat.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4e. Video Buat Sos Kaya
Video 4e: Cara Buat Sos Kaya
Resepi Sos Kaya
100gm Whipping Cream UHT
75gm Butter
50gm Brown Sugar
30gm Air Paip
100gm Kaya Paste
Ringkasan video di atas:
1. Timbang dan masukkan kesemua bahan resepi ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
Nota: Anda perlu selalu mengacaunya agar bahagian bawah tidak hangus.
Nota: Sukatan air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan sos yang anda mahukan. Tapi hanya boleh ditambah sukatan air sebelum masak.
Nota: Jika mahu dijadikan topping donut, kena kurangkan sukatan air dan masak hingga pekat.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4f. Video Buat Sos Blueberry
Video 4f: Cara Buat Sos Blueberry
Resepi Sos Blueberry
100gm Whipping Cream UHT
75gm Butter
50gm Brown Sugar
125gm Blueberry Jem
Ringkasan video di atas:
1. Timbang dan masukkan kesemua bahan resepi ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
Nota: Anda perlu selalu mengacaunya agar bahagian bawah tidak hangus.
Nota: Sukatan air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan sos yang anda mahukan. Tapi hanya boleh ditambah sukatan air sebelum masak.
Nota: Jika mahu dijadikan topping donut, kena kurangkan sukatan air dan masak hingga pekat.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4g. Video Buat Sos Nutella / Coklat
Video 4g: Cara Buat Sos Nutella / Coklat
Resepi Sos Nutella / Coklat
100gm Whipping Cream UHT
70gm Butter
50gm Brown Sugar
30gm Air Paip
100gm Nutella atau Jem Cokla
Ringkasan video di atas:
1. Timbang dan masukkan kesemua bahan resepi ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
Nota: Anda perlu selalu mengacaunya agar bahagian bawah tidak hangus.
Nota: Sukatan air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan sos yang anda mahukan. Tapi hanya boleh ditambah sukatan air sebelum masak.
Nota: Jika mahu dijadikan topping donut, kena kurangkan sukatan air dan masak hingga pekat.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4h. Video Buat Sos Cheese
Video 4h. Cara Buat Sos Cheese
Resepi Sos Cheese
100gm Whipping Cream UHT
75gm Butter
50gm Brown Sugar
10gm Air Paip
10gm Parmesan Cheese
Ringkasan video di atas:
1. Timbang dan masukkan kesemua bahan resepi ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
Nota: Anda perlu selalu mengacaunya agar bahagian bawah tidak hangus.
Nota: Sukatan air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan sos yang anda mahukan. Tapi hanya boleh ditambah sukatan air sebelum masak.
Nota: Jika mahu dijadikan topping donut, kena kurangkan sukatan air dan masak hingga pekat.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4i. Video Buat Sos Nenas Madu
Video 4i. Cara Buat Sos Nenas Madu
Resepi Sos Nenas Madu
100gm Whipping Cream UHT
70gm Butter
50gm Brown Sugar
30gm Air Paip
100gm Jem Nenas
1gm Pewarna Kuning
Ringkasan video di atas:
1. Timbang dan masukkan kesemua bahan resepi ke dalam periuk.
2. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
Nota: Anda perlu selalu mengacaunya agar bahagian bawah tidak hangus.
Nota: Sukatan air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan sos yang anda mahukan. Tapi hanya boleh ditambah sukatan air sebelum masak.
Nota: Jika mahu dijadikan topping donut, kena kurangkan sukatan air dan masak hingga pekat.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4j. Video Buat Aneka Roti Sarang Lebah
Video 4j: Buat Aneka Roti Sarang Lebah
Ringkasan video di atas:
1. .Di dalam video ini saya tunjukkan contoh aneka roti sarang lebah. Untuk cara membuatnya sama seperti diajar di modul 2. Boleh guna resepi loaf modul 2.
a. Untuk roti sarang lebah wholemeal, anda kena toton video modul 2a.
b. Roti sarang lebah coklat, anda kena toton video modul 2b.
c. Roti sarang lebah black bamboo, anda kena toton video modul 2c.
d. Roti sarang lebah green tea, anda kena toton video modul 2d.
e. Roti sarang lebah blueberry, anda kena toton video modul 2e.
2. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4k. Tips Tambahan & Penyimpanan Sos
Penting: Sila baca kesemua tips dgn teliti sebelum buat.
Sila baca tips roti loaf di modul 1g terlebih dahulu
1. Anda boleh gunakan resepi roti topping premium atau budget di dalam modul 4a. Atau anda boleh gunakan resepi roti loaf dalam modul 1b untuk membuat roti topping. Atau anda boleh guna resepi www.rahsiabun.com juga. Teknik mencampur bahan kering dengan bahan berminyak(shortening) untuk hasil terbaik.
2. Untuk egg wash saya gunakan telur dan air paip sahaja utk jimat. Masa kerja dulu saya gunakan telur dan fresh milk. tapi tak kan laa nak beli fresh milk semata-mata nak buat egg wash.
3. Saya guna shortening untuk sapuan di atas tray dan sapuan di atas roti yang dibakar. Masa kerja dulu guna marjerin. Tapi tak kan laa nak beli marjerin semata-mata untuk sapuan tu.
3. Untuk semua sos, ia tahan 3-4 hari jika disimpan di luar atau di atas meja. Jika anda mahu ia tahan lebih lama dalam1minggu, anda perlu simpan di dalam peti sejuk. Wrap atau tutupkan ia dan masuk ke dalam chiller iaitu tempat simpan buah. Tapi di dalam peti sejuk ia akan keras seperti butter. Oleh itu anda perlu cairkan semula jika mahu digunakan. Cara cairkannya sama seperti cara cairkan semula ganache di dalam video modul 3e donut topping.
Anda juga boleh guna sos ini untuk filling donut anda atau topping donut anda.
Jika simpan di dalam peti sejuk, ia akan menjadi keras seperti butter dan sangat sesuai disapukan pada roti sandwich atau roti buku anda.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4k. Tips Tambahan & Penyimpanan Sos
4. Sukatan air dalam sos boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kecairan yang anda mahukan. Jika sos anda terlalu pekat, tambahkan sukatan air. Nambun sukatan air lebih baik ditambah sebelum sos dimasak. Jika ditambah selepas sos dimasak, airnya mungkin sedikit terpisah dengan sos nanti.
5. Jika anda guna whipping cream yang telah dibuka, elok anda rasa whipping cream tersebut sebelum diguna. Takut ia telah rosak dan akan menjejaskan rasa sos sarang lebah.
6. Brown sugar boleh ditambah atau dikurangkan sukatan mengikut citarasa anda. Dan butter pun boleh dikurangkan sukatannya jika mahu lebih jimat. Tapi sebelum ubah resepi, anda kena dulu buat resepi asal kerana ia yang terbaik.
7. Jika anda tidak suka bau hanyir telur pada egg wash anda. Anda boleh tambah satu sudu teh essen vanila pada egg wash iaitu campuran sebiji telur dan dua sudu besar air yang digunakan untuk sapuan di atas roti topping anda selepas dibakar.
8. Ada yang bertanya saya tentang roti yang ringan dikedai. Sebenarnya mereka mengurangkan berat doh kecil dan kemudian biarkan ia kembang lebih lama dalam satu jam 15minit. So bentuknya tetap besar seperti biasa tapi ia ringan kerana kurang berat. Untuk roti topping anda boleh kurangkan kpd 15gm
9. Jika anda telah buat topping, jangan lupa wasap saya gambarnya ke +60137757915 utk komen dan nasihat. Jika anda bantu bisnes guru anda, insyaAllah, Allah akan membantu anda.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
MODUL 5: PENGIRAAN KOS DAN MESIN ROTI
5a. Panduan Pengiraan Kos Roti Buku
Terlebih dulu anda buka file excel pengiraan kos di dalam dvd. Ia hanya boleh dibuka dgn komputer. Namun jika anda tiada komputer, anda boleh kira secara manual pada kertas.

Langkah pertama, kita perlu kira berapa harga atau kos untuk 500gm tepung roti yang digunakan di dalam resepi. So dapatkan dulu harga kedai untuk 1kilo tepung roti. Jika 1 kilo tepung roti berharga rm3.20. So berapakah harga 500gm tepung roti ?
Anda hanya perlu guna formula spt ini:
RM3.20/1000gm X 500gm = RM1.60
(3.20 bahagi 1000 darab 500 = 1.60)
So harga atau kos 500gm tepung gandum ialah RM1.60

Guna formula yang sama untuk mendapatkan harga atau kos bahan resepi yang lain. Dan kemudian kita jumlahkan kesemua kos bahan resepi. So jumlahnya ialah RM4.96 untuk satu resepi. (Anda perlu ubah column ‘Harga Di Kedai’ mengikut harga di kedai di tempat anda.)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5a. Panduan Pengiraan Kos Roti Buku

Jumlah kos untuk satu resepi loaf ialah RM4.96.
Satu resepi menghasilkan berat doh 1043gm. Dan satu doh loaf mengunakan berat doh 570gm. Maka satu resepi dapat menghasilkan 1.8 buku loaf. Cara kiranya ialah 1043gm / 570gm = 1.8biji
So kos eebiji loaf ialah jumlah kos satu resepi dibahagi dengan jumlah biji loaf yang dihasilkan dengan resepi tersebut. So RM4.96 / 1.8 biji = RM2.71 utk sebiji loaf.

Sekarang kita kira kos plastik lutsinar yang dgunakan. Caranya sama sahaja seperti kira kos bahan dalam resepi roti loaf. Dan kos plastik lutsinar yang digunakan ialah RM0.04

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5a. Panduan Pengiraan Kos Roti Buku

Sekiranya anda menjual roti buku pada harga rm3.90, maka keuntungan sebiji loaf ialah: RM3.90- RM2.75 = RM1.15. Elok baca tips di modul 6a untuk cara turunkan kosnya.
(Excell file dalam dvd perlu dibuka dengan komputer dengan cara right klik dvd drive komputer dan select open. Anda boleh ubah data dalam ruangan berwarna kelabu shj. dan anda boleh ubah harga bahan dan harga jualan mengikut harga di tempat anda)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5b. Panduan Pengiraan Kos Donut Premium
Terlebih dulu anda buka file excel pengiraan kos di dalam dvd. Ia hanya boleh dibuka dgn komputer. Namun jika anda tiada komputer, anda boleh kira secara manual pada kertas.

Langkah pertama, kita perlu kira berapa harga atau kos untuk 500gm tepung roti yang digunakan di dalam resepi. So dapatkan dulu harga kedai untuk 1kilo tepung roti. Jika 1 kilo tepung roti berharga rm3.20. So berapakah harga 500gm tepung roti ?
Anda hanya perlu guna formula spt ini:
RM3.20/1000gm X 500gm = RM1.60
(3.20 bahagi 1000 darab 500 = 1.60)
So harga atau kos 500gm tepung gandum ialah RM1.60

Guna formula yang sama untuk mendapatkan harga atau kos bahan resepi yang lain. Dan kemudian kita jumlahkan kesemua kos bahan resepi. So jumlahnya ialah RM6.95 untuk satu resepi. (Anda perlu ubah column ‘Harga Di Kedai’ mengikut harga di kedai di tempat anda.)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5b. Panduan Pengiraan Kos Donut Premium

Jumlah kos untuk satu resepi donut ialah RM6.95.
Satu resepi menghasilkan berat doh 1043gm. Dan satu doh donut mengunakan berat doh 40gm. Maka satu resepi dapat menghasilkan 26 biji donut. Cara kiranya ialah 1043gm / 40gm = 26biji
So kos eebiji donut ialah jumlah kos satu resepi dibahagi dengan jumlah biji donut yang dihasilkan dengan resepi tersebut. So RM6.95 / 26 biji = RM0.27 utk sebiji donut.

Sekarang kita kira kos ganache untuk topping donut. Caranya sama sahaja seperti kira kos donut premium. Dan jumlah kos ganache topping untuk satu resepi ialah RM12.01

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5b. Panduan Pengiraan Kos Donut Premium

Jumlah kos untuk satu resepi ganache ialah RM12.01.
Satu resepi dapat berat 720gm (elok anda timbang semula selepas masak). Satu donut menggunakan 10gm ganache untuk topping
Jumlah biji donut yg dapat di topping dgn 1 resepi ganache = 720gm / 10gm = 72biji Ini bermakna resepi ganache dapat topping ke atas 72biji donut.
So kos ganache untuk sebiji donut = RM12.01 / 72biji = RM0.17

Sekiranya anda menjual donut pada harga rm1.50, maka keuntungan sebiji donut ialah: RM1.50- RM0.43 = RM1.07. Elok harga jualan tiga kali ganda dari kos.
(Excell file dalam dvd perlu dibuka dengan komputer dengan cara right klik dvd drive komputer dan select open. Anda boleh ubah data dalam ruangan berwarna kelabu shj. dan anda boleh ubah harga bahan dan harga jualan mengikut harga di tempat anda)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5c. Panduan Pengiraan Kos Donut Budget
Terlebih dulu anda buka file excel pengiraan kos di dalam dvd. Ia hanya boleh dibuka dgn komputer. Namun jika anda tiada komputer, anda boleh kira secara manual pada kertas.

Langkah pertama, kita perlu kira berapa harga atau kos untuk 500gm tepung gandum yang diguna di dalam resepi. So dapatkan dulu harga kedai untuk 1kilo tepung gandum. Jika 1 kilo tepung gandum berharga rm3.20. So berapakah harga 500gm tepung ?
Anda hanya perlu guna formula spt ini:
RM1.80/1000gm X 500gm = RM0.90
(1.80 bahagi 1000 darab 500 = 0.90)
So harga atau kos 500gm tepung gandum ialah RM0.90

Guna formula yang sama untuk mendapatkan harga atau kos bahan resepi yang lain. Dan kemudian kita jumlahkan kesemua kos bahan resepi. So jumlahnya ialah RM2.80 untuk satu resepi. (Anda perlu ubah column ‘Harga Di Kedai’ mengikut harga di kedai di tempat anda.)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5c. Panduan Pengiraan Kos Donut Budget

Jumlah kos untuk satu resepi donut budget ialah RM2.80.
Satu resepi menghasilkan berat doh 1033gm. Dan satu doh donut mengunakan berat doh 40gm. Maka satu resepi dapat menghasilkan 26 biji donut. Cara kiranya ialah 1033gm / 40gm = 26biji
So kos eebiji donut ialah jumlah kos satu resepi dibahagi dengan jumlah biji donut yang dihasilkan dengan resepi tersebut. So RM2.80 / 26 biji = RM0.11 utk sebiji donut.

Sekarang kita kira kos gula halus untuk salut donut. Caranya sama sahaja seperti kira kos donut budget. Dan jumlah kos gula halus untuk salut satu donut RM0.01

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5c. Panduan Pengiraan Kos Donut Budget

Sekiranya anda menjual donut pada harga rm0.40, maka keuntungan sebiji donut ialah: RM0.40- RM0.12 = RM0.28. Elok harga jualan tiga kali ganda dari kos.
(Excell file dalam dvd perlu dibuka dengan komputer dengan cara right klik dvd drive komputer dan select open. Anda boleh ubah data dalam ruangan berwarna kelabu shj. dan anda boleh ubah harga bahan dan harga jualan mengikut harga di tempat anda)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5d. Panduan Pengiraan Kos Roti Topping Premium
Terlebih dulu anda buka file excel pengiraan kos di dalam dvd. Ia hanya boleh dibuka dgn komputer. Namun jika anda tiada komputer, anda boleh kira secara manual pada kertas.

Langkah pertama, kita perlu kira berapa harga atau kos untuk 500gm tepung roti yang digunakan di dalam resepi. So dapatkan dulu harga kedai untuk 1kilo tepung roti. Jika 1 kilo tepung roti berharga rm3.20. So berapakah harga 500gm tepung roti ?
Anda hanya perlu guna formula spt ini:
RM3.20/1000gm X 500gm = RM1.60
(3.20 bahagi 1000 darab 500 = 1.60)
So harga atau kos 500gm tepung gandum ialah RM1.60

Guna formula yang sama untuk mendapatkan harga atau kos bahan resepi yang lain. Dan kemudian kita jumlahkan kesemua kos bahan resepi. So jumlahnya ialah RM7.04 untuk satu resepi. (Anda perlu ubah column ‘Harga Di Kedai’ mengikut harga di kedai di tempat anda.)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5d. Panduan Pengiraan Kos Roti Topping Premium

Jumlah kos untuk satu resepi roti topping premium ialah RM7.04.Satu resepi menghasilkan berat doh besar 1053gm. Dan satu doh roti mengunakan berat doh 20gm. Maka satu resepi dapat menghasilkan 52 biji donut. Cara kiranya ialah 1053gm / 20gm = 53biji
So kos eebiji donut ialah jumlah kos satu resepi dibahagi dengan jumlah biji roti yang dihasilkan dengan resepi tersebut.
So RM7.04 / 53 biji = RM0.13 utk sebiji roti .


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5d. Panduan Pengiraan Kos Roti Topping Premium
Sekiranya anda jual roti topping pada harga rm0.70, maka keuntungan sebiji roti ialah: RM0.70- RM0.26 = RM0.44. Elok harga jualan tiga kali ganda dari kos.
(Excell file dalam dvd perlu dibuka dengan komputer dengan cara right klik dvd drive komputer dan select open. Anda boleh ubah data dalam ruangan berwarna kelabu shj. dan anda boleh ubah harga bahan dan harga jualan mengikut harga di tempat anda)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5e. Panduan Pengiraan Kos Roti Sarang Lebah Budget
Terlebih dulu anda buka file excel pengiraan kos di dalam dvd. Ia hanya boleh dibuka dgn komputer. Namun jika anda tiada komputer, anda boleh kira secara manual pada kertas.

Langkah pertama, kita perlu kira berapa harga atau kos untuk 500gm tepung roti yang digunakan di dalam resepi. So dapatkan dulu harga kedai untuk 1kilo tepung roti. Jika 1 kilo tepung roti berharga rm3.20. So berapakah harga 500gm tepung roti ?
Anda hanya perlu guna formula spt ini:
RM3.20/1000gm X 500gm = RM1.60
(3.20 bahagi 1000 darab 500 = 1.60)
So harga atau kos 500gm tepung gandum ialah RM1.60

Guna formula yang sama untuk mendapatkan harga atau kos bahan resepi yang lain. Dan kemudian kita jumlahkan kesemua kos bahan resepi. So jumlahnya ialah RM4.11 untuk satu resepi. (Anda perlu ubah column ‘Harga Di Kedai’ mengikut harga di kedai di tempat anda.)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5e. Panduan Pengiraan Kos Roti Sarang Lebah Budget

Jumlah kos untuk satu resepi roti topping premium ialah RM4.11.
Satu resepi menghasilkan berat doh besar 1033gm. Dan satu doh roti mengunakan berat doh 15gm. Maka satu resepi dapat menghasilkan 69 biji donut. Cara kiranya ialah 1033gm / 15gm = 69biji (Kita guna 15gm doh kecil spt dlm modul 6a Cara Jimat Kos)
So kos eebiji donut ialah jumlah kos satu resepi dibahagi dengan jumlah biji roti yang dihasilkan dengan resepi tersebut. So RM4.11 / 69 biji = RM0.06 utk sebiji roti .

Sekarang kita kira kos sos butterscotch untuk topping roti. Caranya sama sahaja seperti kira kos roti topping premium. Dan jumlah kos sos butterscotch untuk satu resepi ialah RM3.54

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5e. Panduan Pengiraan Kos Roti Sarang Lebah Budget

Jumlah kos untuk satu resepi sos butterscotch ialah RM3.54.
Satu resepi dapat berat 235gm (elok anda timbang semula selepas masak). Satu donut menggunakan 5gm sos butterscotch untuk topping. Jumlah biji roti yg dapat di topping dgn 1 resepi sos = 235gm / 5gm = 47biji Ini bermakna resepi sos dapat topping ke atas 72biji roti.So kos sos butterscotch untuk sebiji roti = RM3.54 / 47biji = RM0.08

Sekarang kita kira kos bekas plastik untuk sebiji roti. Satu pcs bekas plastik.Satu bekas plastik utk lapan biji roti topping. Jadi satu biji roti guna = 1/8 = 0.125pcs. Cara pengiraannya sama seperti pengiraan kos bahan dalam resepi roti topping. So jumlah kos bekas plastik ialah RM0.05 untuk satu biji roti topping

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5

5e. Panduan Pengiraan Kos Roti Sarang Lebah Budget

Sekiranya anda jual roti topping pada harga rm0.60, maka keuntungan sebiji roti ialah: RM0.60- RM0.18 = RM0.42. Elok jual roti topping premium krn lagi untung & sedap. .
(Excell file dalam dvd perlu dibuka dengan komputer dengan cara right klik dvd drive komputer dan select open. Anda boleh ubah data dalam ruangan berwarna kelabu shj. dan anda boleh ubah harga bahan dan harga jualan mengikut harga di tempat anda)

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5f. Panduan Mengandakan Resepi
Cara mengandakan resepi sangat mudah. Jika anda ingin buat dua kali ganda resepi, anda hanya perlu darab 2 untuk semua sukatan resepi. Jika anda mahu 4 kali ganda resepi, anda hanya perlu darab 4 untuk semua sukatan resepi seperti dibawah:
RESEPI LOAF
Tepung Roti = 500gm X 4 = 2000gm
Gula Halus = 50gm X 4 = 200gm
Garam = 6gm X 4 = 24gm
Yis = 10gm X 4 = 40gm
Shortening = 50 X 4 = 200
Air SejuK = 220 gm X 4 = 880gm
Whipping Cream = 10gm X 4 = 400gm
Telur = 50gm X 4 = 200gm
Tepung Roti = 50gm X 4 = 200gm

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5g. Video Cara Guna Mixer Heavy Duty
Video 5g. Cara Guna Mixer Heavy Duty
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 1b. Anda perlu tonton dulu video modul 1c terlebih dahulu.
2. Gaul bahan A iaitu bahan kering dan bahan berminyak. Anda boleh ramas dengan tangan dulu atau gunakan mesin mixer heavy duty dengan gear satu.
3. Kemudian masukkan bahan B iaitu bahan cecair. Dan uli dengan gear dua. Selepas bahan mula menjadi doh, kita masukkan bahan C iaitu tambahan tepung.
4. Selepas bahan bercampur, uli dalam masa 10 minit menggunakan gear dua. Siap
Nota: Untuk doh roti anda hanya boleh guna sehingga gear dua. Tidak boleh guna gear tiga. Di dalam video saya gunakan mesin mixer heavy duty 3kg.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5h. Video Cara Guna Industrial Oven
Video 5h. Cara Guna Industrial Oven
Ringkasan video di atas:
1. Pasang plug oven dan kepala gas oven. Hidupkan suiz utama industrial oven
2. Setikan suhu atas dan suhu bawah kepada 180 darjah. Semasa setkan suhu, api akan dihidupkan.
3. Tunggu suhu dalam oven mencapi 180 darjah. Lampu merah akan menyala apabila suhu mencapai 180 darjah.
4. Apabila suhu telah capai 180 darjah, setkan masa kepada 25minit jika buat roti buku. Kemudian on kan suiz timer.
5. Masukkan roti buku ke dalam industrial oven. Selepas 12 minit terbalik keduduakan tray roti supaya masak sama rata.
6. Selepas siap masak selama 25minit, alarm oven akan berbunyi. Anda boleh matikan suiz dan keluarkan tray roti dari oven. Siap.
Nota: Saya gunakan video dari dvd rahsiabun.com kerana industrial oven saya telah diberikan pada saudara. Cara gunanya tetap sama.
Nota: Semasa saya bekerja di hotel dulu, semua roti guna suhu 180 darjah celcius untuk api bawah dan api atas.
Nota: Lain brand industrial oven lain kualiti. Anda perlu adjust suhu dan masa bergantung kepada hasil roti anda. Jika atas cepat berwarna brown dari bawah, kena kurangkan suhu atas. Jika atas dan bawah telah brown, tapi dalam belum masak, kena kurangkan suhu atas dan bawah.
Nota: Elok beli industrial oven jenis gas kerana ia jimat elektrik. Jika pasang di rumah memang kena elakkan guna industrial oven jenis elektrik kerana ia boleh merosakkan peti elektrik anda.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5i. Panduan Membeli Mesin Baru & Secondhand
Untuk mencari penjual mesin makanan seperti mesin penguli, industrial oven dan bread cutter, anda hanya perlu bertanya pada kedai bahan bakery di tempat anda. Biasanya mereka memang tahu di mana kedai mesin makanan berdekatan di tempat anda. Semua jenis mesin makanan ada dijual di kedai yang sama. Dan kedai mesin makanan memang jual mesin baru.
Manakala untuk mesin second hand, anda boleh cari di www.mudah.my , Anda masuk ke laman webnya di www.mudah.my dan pilih negeri dan daerah ditempat anda. Kemudian taip kan mesin yang anda cari. Contoh industrial oven atau mixer heavy duty. Anda juga boleh jual apa sahaja barang lama dan tidak digunakan di www.mudah.my . Jika anda beli mesin second hand, pastikan anda minta alamat kedai mesin tersebut untuk support atau bantuan jika mesin tersebut rosak.
Jenama Yang Bagus
Jenama mixer heavy duty, yang bagus ialah brand Spar. Ia memang tahan lama. Namun harganya lebih mahal dalam RM2800 untuk 3kg. Manakala mesin heavy duty yang murah ialah buatan china dalam RM1400 seperti dalam video modul 5g. Jika anda beli buatan china, pastikan kedai mesin menyediakan support terbaik jika menghadapi kerosakan. Macam mesin saya, baru guna beberapa bulan motor dalamnya telah rosak dalam tempoh waranti. Tapi selepas motornya ditukar baru, sampai sekarang tidak rosak-rosak lebih 7 tahun.
Jenama Industrial oven yang bagus ialah buatan taiwan seperti brand sooner, fagor, hobery & sigma. Tapi mahal. Utk jimat,boleh beli industrial oven buatan china seperti dalam video modul 5h. Industrial oven buatan china dalam RM1500 untuk yang satu tray atau satu tingkat. Jika beli buatan china, elok beli yang baru dari kedai untuk mendapat support mereka jika rosak.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
MODUL 6: BISNES BAKERI
6a. Tips Menjimat Kos & Meningkatkan Profit
1. Dengan mengurangkan berat doh. Contohnya untuk roti topping menggunakan berat doh 20gm. Untuk lebih jimat kita guna berat doh 15gm. Tetapi doh perlu diperap lebih lama agar ia kembang lebih besar. Jika biasa anda perat 45minit. Dengan doh 15gm kena perap lama sikit dalam 1jam atau 1jam suku. Ia boleh digunakan pada roti bengali dan roti loaf juga.
2. Menggunakan separuh tepung roti dan separuh tepung gandum brand cempaka. Ramai peniaga menggunakan cara ini untuk menjimatkan kos bahan. Mereka gantikan 500gm tepung roti kepada 250gm tepung roti plus 250 tepung gandum.
3. Tidak masuk bread improver. JIka anda jual donut atau roti untuk sehari atau dua hari. Tak perlu masukkan bread improver. Bread improver panjangkan jangka hayat roti hingga 4 hari. Jika mahu sehingga 7 hari, kena guna pengawet spt di modul 6e.
4. Untuk coklat ganache, anda boleh jimatkan kos dengan menggantikan whipping cream dengan fresh milk. Cuba dulu buat dengan sukatan yang sama. Jika coklat ganache anda cair sikit, anda boleh kurangkan sukatan fresh milk anda.
5. Semua resepi yang menggunakan butter, boleh ditukarkan kepada marjerin. Tapi hasilnya kurang baik sikit dan lebih cair dibanding butter. Sebelum ubah resepi, guna resepi asal.
6. Untuk roti loaf, anda boleh tempah tin roti dari kedai aluminium dengan saiz yang lebih kecil untuk jimat kos. Jika anda ukur size roti buku di kedai, anda akan dapati saiznya lebih kecil daripada tin roti yang saya gunakan di dalam video Ini. ini kerana mereka tempah khas size tin roti yang lebih kecil untuk lebih jimat tapi nampak macam sama besar.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6

6a. Tips Menjimat Kos & Meningkatkan Profit
7. Beli barang secara pukal pada kuantiti yang banyak. Anda boleh beli secara pukal terus dari kedai bahan bekeri dengan harga lebih rendah. Atau yang lebih baik, cari pembekal di tempat anda dgn menggunakan www.yellowpages.my seperti dibawah. Anda kena tanya mereka minimum order untuk bahan dibeli.

8. Elok jual roti premium dan roti budget sekali. Sebeb ada pelangan yang sangup bayar lebih dan ada pelangan yang mahu yang murah sahaja. So ia memberi pilihan kpd pembeli anda.
9. Di dalam dvd saya ada sediakan excel file pengiraan kos untuk setiap resepi. So anda boleh adjust resepi dan sukatan di dalam file excel tersebut untuk mendapatkan kos yang lebih rendah.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6b. Video Bentuk Packaging Roti Anda
Video 6b. Cara Bentuk Packaging Roti Anda
Ringkasan video di atas:
1. Ada tiga bentuk packaging iaitu plastik lutsinar, plastik container dan aluminium foil container.
2. Untuk roti buku anda boleh guna plastik lutsinar yang bersaiz 9X15 inci.
3. Manakala untuk donut dan roti topping, boleh gunakan plastik container agar roti anda tidak kemek jika diletakkan bertindih di gerai atau kedai makan.
4. Manakala aluminium foil container boleh digunakan terus membakar roti didalamnya. Memang sesuai untuk roti topping, tapi kosnya lebih mahal.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6c. Cara Supply Roti Anda Ke Kedai
1. Elok mulakan dengan supply ke gerai tepi jalan. Anda kena mulakan dengan berkenalan dan berbual dengan mereka terlebih dahulu. Jangan tergesa-gesa jual roti anda. Seterusnya berikan roti anda kepada mereka untuk mereka rasa dan beri komen. Jika komen mereka baik terhadap roti anda, barulah anda offer mereka untuk letak roti anda di gerai mereka. Elok anda mulakan di gerai tepi jalan utk dpt komen pembeli dan perbaiki roti anda.
2. Seterusnya supply ke sekolah atau gerai makan. Anda perlu terus berjumpa dengan tauke mereka bukan pekerja. Elok datang pada waktu petang pada waktu tidak sibuk. Bawa roti anda sekali untuk mereka rasa. Bawa banyak roti sebab kawan atau pelangan mereka yang merasa roti anda akan pujuk mereka menerima roti anda. Jika mereka tidak berminat, berikan name card atau nombor contact anda, jika mereka berubah fikiran.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6d. Harga Jualan Tolak Kedai Untuk Roti Anda
1. Harga jualan ada diterangkan di modul 5 pengiraan kos. Elok anda jual dengan harga tiga kali ganda kos. Sebagai contoh, jika kos seunit roti ialah rm0.20. elok anda jual 0.20X3=Rm0.60.
2. Jika anda letak roti anda di gerai orang lain atau sekolah. Biasanya pihak gerai atau sekolah akan ambil 15-20 percent dari harga jualan roti anda. Contohnya jika anda nak jual dengan harga RM1.00, pihak gerai akan ambil = 1.00 X 20% = Rm0.20. So anda akan terima Rm0.80 dan gerai tersebut akan ambil Rm0.20 untuk roti tersebut yang dijual dengan harga Rm1.00
3. Namun untuk menentukan harga jualan perlu survey dan check dengan harga pesaing anda juga. Jika harga pesaing rendah, anda perlu buat kelainan untuk jual pada harga tinggi. Atau anda perlu adjust kos bahan anda untuk jual pada harga rendah.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6e. Cara Roti Tahan Lama & Pengawet Roti
1. Roti yang tiada bread improver dan tiada bahan pengawet akan tahan hanya 2 hari sahaja. Manakala roti yang ada bread improver akan tahan 4hari. Biasanya sukatan bread improver ialah 7gm untuk 500gm tepung.
2. Untuk roti tahan sehingga 6-7 hari anda perlu tambahkan 0.6gm pengawet roti jenis Calcium Propionate ke dalam 1kg tepung. Pengawet roti jenis Calcium Propionate ini lebih baik dan sesuai untuk apa jenis makanan dari tepung seperti roti, bun dan pau. Ia akan tahan 6-7hari dalam plastik. Dan anda perlu sekali bread improver. Namun sukata Calcium Propionate bergantung juga pada kilang yang membuatnya. Ada kilang yang perlukan 1gm. So elok anda bertanyakan juga dengan kedai yang menjualnya tentang berapa sukatan bahan pengawet calcium propionate di kedai anda. Kerana lain kilang, lain sukatannya.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6f. Cara Frozen Doh Untuk Bakar Esok Atau Lusa
1. Anda boleh frozen doh kecil. Caranya selepas anda bulatkan doh kecil, anda perlu terus masukkan ke dalam freezer. Anda perlu masukkan doh kecil ke dalam bekas dan wrapkan dengan plastik atau tutup dengan plastik dengan rapat sebelum dimasukkan dalam freezer. Ia perlu diletakkan jarak-jarak. Apabila ia telah keras baru boleh dirapatkan jika mahu. Ia tahan seminggu dalam freezer. Elok gunakan bread improver untuk menjadikan doh anda lebih tahan. Tapi bread improver dan pengawet untuk ketahanan roti selepas dibakar dan bukannya dalam freezer.
2. Dan bila mahu digunakan, keluarkan doh kecil dari freezer. Seterusnya keluarkan doh kecil dari bekasnya. dan letakkan di atas tray pembakar dan tutupkan dengan sehelai plastik. Dan biarkan sehingga ia kembang dua kali ganda sebelum dibakar. Jangka masa bergantung pada cuaca juga. Jika anda mahu masukkan kedalam proofer, elok tunggu dohnya lembut dulu.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
6g. Teknik Premix Untuk Menjaga Resepi Perniagaan
1. Jika anda berikan full resepi anda pada pekerja, tak lama mereka akan berhenti. Biasanya itulah yang berlaku. Resepi perniagaan adalah jantung perniagaan yang perlu disimpan rapi. Untuk menjaganya anda boleh guna teknik premix atau mix awal. Cara ini biasa digunakan di tesco semasa saya bekerja disana. Tapi mereka mix dari kilang dan masuk dalam guni. Masa kerja dihotel baru saya buat dari a to z dan timbang semua bahan.
2. Caranya. Katakan pekerja datang pukul 9 pagi. Maka pukul 8 pagi anda telah siap mix awal bahannya. Bahan yang boleh di mix atau dicampur awal ialah bahan kering dan bahan berminyak iaitu bahan A di dalam resepi. So pukul 8 pagi anda telah campurkan bahan A samada menggunakan tangan atau mesin mixer heavy duty dengan gear 1. Buat satu bungkus dengan bahan sekilo tepung. Kemudian apabila pekerja datang bekerja, mereka hanya perlu masukkan bahan cecair iaitu bahan B dan bahan C sahaja.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 6
7a. Cara Buat Duit Dgn Jadi Agen Promosi
Anda boleh buat duit dgn menjadi agen promosi produk ini. Komisen yang diberikan ialah RM20 dari jualan setiap pakej. Kalau anda dapat jualan 10 pakej maka komisen anda terima adalah rm20X10=RM200 untuk anda. Lumayan
Web daftar: www.rahsialoaf.com/daftarku5
Web Log in: www.rahsialoaf.com/login
Soalan Lazim agen: www.hairul.com/blog/agen
Elok anda tonton video di website di bawah untuk cara mendaftar, cara log in dan cara mendapatkan komisen:
Video 7a. Cara Menjadi Agen

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
7b. Artikel Petua Kejayaan Yang Menarik
Saya ada tulis tiga artikel menarik yang akan membantu anda untuk hidup lebih bahagia dan murah rezeki. Memang menarik artikel ini. Klik link di bawah untuk baca artikelnya:
1. Tips Hidup Bahagia & Murah Rezeki <<< Kilik Sini
2. Bahaya Mulut Yang Memberi Kecelakaan Dalam Hidup <<< Klik Sini
3. Berhati-hati Memilih Kawan Agar Hidup Lebih Bahagia <<< Klik Sini
Saya ada menulis artikel yang menarik tentang cara memulakan bisnes bagi mereka yang baru dan lama. Jom baca
1. 7 Langkah Memulakan Bisnes Makanan Paling Berkesan <<< Kilik Sini
2. 5 Tips Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dari Pegalaman Pembeli<<< Klik Sini
3. Persediaan Sebelum Bersara Dari Kisah Arwah Ayah<<< Klik Sini
4. 5 Sebab Punca Kegagalan Bisnes Makan Yg wajib Anda Tahu<<< Klik Sini

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
7c. Senarai Produk Menarik Yang Lain.
1. Belajar donut ala big apple, roti buku ala gardenia dan sarang lebah di: www.rahsialoaf.com
2. Belajar13 kek hari jadi di: www.deco.rahsiakek.com
3. Aneka bun pau & pizza di: www.rahsiabun.com
4. Kek butter, lapis dan swiss roll hotel di www.bisneskek.com
5. Aneka puff, croissant, danish & Cream Puff di: www.rahsiapuff.com
6. Aneka putu homemade, piring, bambu, mayam di: www.rahsiaputu.com
7.Bisnes air, dadih & mouse dessert hotel di: www.bisnesair.com
8. Air soya taufufah di: www.rahsiataufufah.com
9. Resepi roti canai, murtabak & thosai di: www.resepiroticanai.com

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
7d. Kenapa Resepi Tidak Boleh Di Share Terbuka
Seperti yang diberitahu dalam website, dvd ini untuk kegunaan anda, keluarga anda dan perniagaan anda. Bukan tujuan untuk diedarkan atau dijadikan bahan mengajar orang lain. Anda tidak dibenarkan berkongsi segala resepi atau teknik di dalam video ini. Jika rakan anda berminat belajar, mereka perlu membelinya dari Hairul HIssam atau anda boleh belikan untuk mereka sebagai hadiah.
DVD ini dijual di internet. Jika anda share pada kawan anda dan kawan anda share pada kawan yang lain. Dan kawan yang lain pula share di internet, ia akan memberi kesan yang teruk kepada bisnes online saya. JIka anda sendiri buat bisnes ini secara fulltime seperti saya, anda tentu risau & buat perkara yang sama. Semoga anda menjaga keberkatan iagar anak anda, keluarga anda dan rakan anda sihat dan baik.
Penafian: Video ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis untuk pembelajaran pembeli. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerugian, kesilapan atau kecederaan yang ditanggung oleh pembeli semasa mempraktikkan video ini.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 7
7e. Support Dan Bantuan Pembeli
Pastikan anda telah tonton dan baca dengan teliti semua video dan tips sebelum bertanya. Bukannya tengok sikit, whatsaap, tengok sikit whatsapp. Sebenarnya semua telah diterangkan di dalamnya. Namun jika anda pertanyaan dan masalah boleh hubungi saya melalui whatsap di bawah:
Whatsapp: +60137757915
Kalau boleh, hantar dalam satu mesej. Panjang tak pe. Maklumlah ramai sangat pembeli dan bakal pembeli yang menghantar mesej tak henti-henti.





